Anak durjana minta duit, ugut bapa

Suspek berusia 40 tahun (tiga dari kiri) ditahan polis.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 16 Feb: Seorang lelaki ditahan polis selepas dilaporkan mengugut akan mencederakan bapanya menggunakan spanar di kediaman mereka di Piasau Utara pada tengahari tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Hakemal Hawari berkata, kejadian dikatakan telah berlaku pada awal pagi ini sekitar jam 7, di rumah mangsa (bapa suspek) yang berusia 68 tahun.


Suspek menjadi berang selepas permintaanya untuk mendapatkan wang dari bapanya ditolak.

Mangsa bernasib baik pada pagi itu, kerana niat suspek untuk memukulnya menggunakan spanar sempat dihalang oleh anak perempuannya.

Satu laporan polis telah dibuat susulan kejadian.

Suspek telah ditahan pada jam 12 tengahari tadi di kediaman keluarganya di Piasau Utara oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Miri (JSJ).

Kes di siasat mengikut Seksyen 506 kerana melakukan ugutan jenayah. — DayakDaily