Oleh Brad Rantayy
MIRI, 9 Julai: Kemunculan seekor anak buaya berukuran satu meter panjang di dalam sebuah longkang di kawasan perumahan di Naim South Lake, Permyjaya mengemparkan beberapa pekerja awal pagi tadi.
Aras faktor keselamatan, salah seorang pekerja pembersihan berusia 25 tahun itu telah menaklumkan kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam Miri (APM) untuk membantu menangkap reptilia tersebut.
“Seramai lapan anggita kita telah dikerahkan ke lokasi sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 9.49 pagi tadi,” ujar Pegawai APM Miri Kapten (PA) Usman Harto.
Anggotanya tiba di lokasi jam 10.23 pagi dan operasi selesai kurang 30 minit kemudian menggunakan alatan khas. — DayakDaily