Anak autisme hilang di Kg Rantau Panjang

Gambar komposit sepanjang operasi SAR malam tadi. Turut kelihatan gambar mangsa yang dilaporkan hilang.

KUCHING, 29 Nov: Seorang kanak-kanak austime yang dilaporkan hilang di Kampung Rantau Panjang, Batu Kawah sejak semalam, masih belum ditemui sehingga lewat malam tadi.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun terbabit terpaksa ditangguhkan pada malam tadi susulan faktor keselamatan di lokasi dan keadaan gelap yang menghadkan pergerakan pasukan anjing pengesan.

Operasi akan disambung semula pada pagi ini dengan penilaian dan strategi pencarian oleh komander operasi SAR.


Menurut bapanya, mangsa semasa kejadian tinggal bersama ibu saudaranya sementara dia terpaksa keluar berniaga.

Mangsa dikatakan keluar dari rumah ketika ibu saudaranya itu sedang mandi sekitar jam 2 hingga 3 petang dan ketika itu hari hujan lebat.

Hasil maklumat daripada kawan mangsa, dia dilihat masuk ke dalam hutan di hujung kampung tersebut.

Mangsa kali terakhir dilihat memakai baju berbelang dan berseluar pendek hitam. — DayakDaily