Pindaan Perlembagaan Persekutuan bukan kosmetik, kata Abang Johari

Abang Johari mengibarkan bendera GPS sebagai simbolik Pelancaran Jentera GPS di Ibupejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Jalan Bako.

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 28 Nov: Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang dibentangkan di Parlimen bukanlah kosmetik, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Berucap di Majlis Pelancaran Jentera Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Ibupejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) malam ini, beliau berkata GPS mahukan semangat Perjanjian Malaysia 1963 yang berlandaskan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).


ā€œPakatan Harapan (PH) mula hendak meminda Perlembagaan Persekutuan tapi tidak selesai.

ā€œKita (GPS) mengembangkannya kerana kita mahu kandungannya mestilah mempertahankan hak di dalam IGC dan Perjanjian Malaysia 1963.

ā€œKita teruskan usaha kita dan hari ini rakan kita dari GPS iaitu Menteri Undang-Undang (Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar) akan membawanya ke Parlimen dan kita harap kita akan menang,ā€ katanya.

Tambah Abang Johari, Perkara 1(60), perkara (2) adalah perkara yang penting dan bukan kosmetik.

Ujar beliau yang juga Pengerusi GPS, dahulu (usaha PH) sebenarnya adalah kosmetik kerana hanya hendak ditukar Perkara 1(2).

ā€œBudak kecil pun boleh melakukannya. Tetapi kita GPS mahu semangat Perjanjian Malaysia 1963 yang berlandaskan IGC sebagai instrumen yang masuk di dalam Perlembagaan Malaysia.

ā€œInilah perjuangan GPS,ā€ tegas Abang Johari.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana telah membuat keputusan untuk tidak meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Disember ini.

Katanya, ini adalah kerana mereka(Bersatu) tahu cara politik di Sarawak berbeza daripada Semenanjung Malaysia.

Majlis tersebut dihadiri Pemangku Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Joseph Salang Gandum, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Dato Sri Tiong King Sing dan Setiausaha Agong GPS Dato Sri Alexander Nanta Linggi. ā€” DayakDaily