‘Along’ diberkas polis selepas melakukan ugutan jenayah, tagih hutang daripada mangsa

Suspek (dua dari kiri) dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.
Advertisement

MIRI, Julai 3: Seorang lelaki warga tempatan diberkas polis selepas disyaki melakukan ugutan jenayah dengan membaling objek ke arah sebuah rumah di Desa Pujut Bandar Baru Permyjaya untuk menuntut hutang pada malam Khamis (Julai 1).

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, suspek berusia 25 tahun itu ditahan, kurang 24 jam selepas kejadian dilaporkan berlaku.

ACP Hakemal berkata, pengadu berusia 33 tahun, seorang lelaki , telah tampil membuat laporan polis susulan kejadian kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarga ya selepas kelibat suspek bersama seorang lagi rakannya dilihat berlegar-legar di depan pagar rumahnya sekitar jam 11.30 malam Khamis.

Advertisement

Kejadian berjaya dirakam CCTV rumah mangsa.

Dalam rakaman tersebut, suspek dilihat telah melontar objek plastik sebelum bertindak melekatkan kertas di hadapan pagar rumah pengadu.

Pengadu, mendakwa dirinya telahpun melangsaikan hutangnya, namun, tetap didatangi suspek yang dipercayai dihantar oleh majikannya untuk melakukan ugutan jenayah.

Hasil siasatan lanjut, mendapati, suspek yang mempunyai empat rekod jenayah lampau itu dibayar sebanyak RM20 oleh majikannya (Along) yang mengarahkannya untuk datang ke rumah pengadu dan melakukan ugutan jenayah. — DayakDaily

Advertisement