Alat moden pengesan dadah diletakan di setiap lapangan terbang – Abang Johari

Abang Johari (dua dari kiri) pada sidang media di Kuching.
Advertisement

KUCHING, 8 Okt: Alat pengesan moden bakal di diletakan di setiap lapangan terbang di Sarawak bagi mencegah kemasukan dadah.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia adalah usaha kerajaan negeri dalam mempertingkatkan kawalan dan pemeriksaan di setiap pintu masuk.

“Kita terpaksa menggunakan alat pengesan yang berkesan, kerana pengedar dadah ini boleh tahan juga otak mereka.

Advertisement

“Mungkin dalam bentuk yang tidak disangka ada disembunyikan dadah.

“Jadi maknanya, alat pengesan yang kita gunakan mestilah teknologi terkini,” kata Abang Johari.

Beliau berkata demikian pada sidang media selesai Perasmian Forum Khas Narkotik di sini, hari ini.

Tambah Abang Johari, Sarawak memang dijadikan transit sebelum dadah dibawa masuk ke negara jiran.

Justeru jelas beliau, terdapat juga keperluan meletakan alat pengesan moden di setiap Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin Dan Keselamatan (ICQS).

“Sarawak membeli semua peralatan ini, kita bantu agensi-agensi penguatkuasa seperti Kastam, Imigresen dan Polis,” kata Abang Johari. — DayakDaily

Advertisement