KUCHING, 14 April: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Toh Puan Hajah Norkiah yang meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak hari ini.
Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarhamah dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar serta tabah menghadapi suasana sedih dan pilu itu.
Menerusi satu perutusan Istana negara hari ini, Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.
Norkiah, 72 merpakan kepada mantan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin Abbang Barieng yang dimasukan kehospital tersebut kerana komplikasi selepas mengalami strok dan pendarahan pada otak pada 3 April lalu menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 12 tengahari tadi.
Allahyarhamah yang mendirikan rumahtangga dengan Tun Salahuddin pada 1996 mempunyai lima anak dan seorang cucu.
Jenazah Allayaham yang dibawa ke kediamannya di Kampung temenggong dijangka akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang jam 5 petang tadi. — DayakDaily