KUCHING, 2 Nov: Mesyuarat Agong Tahunan Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) pada Sabtu lepas di Kapit mencapai tiga resolusi yang dikenali sebagai Resolusi Kapit.
Tiga Resolusi Kapit menurut presidennya Bobby William ialah, pertama iaitu bermula 1 November, 2020 PBDSB hanya dikenali sebagai Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) sahaja.
āResolusi kedua, PBDS bukan parti dalam kerajaan dan juga bukan parti pembangkang.
āResolusi ketiga, ābebanchak babiā adalah simbolik penyatuan Bansa Dayak di Sarawak,ā katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Jelas Bobby, PBDS adalah pilihan keluar bagi bangsa Dayak di Sarawak dan bertindak sebagai platform politik Dayak.
Katanya, parti menjadi landasan untuk bansa Dayak menyuarakan isu berkaitan dengan Dayak dan bertindak sebagai pemikir masyarakat Dayak.
āManakala ābebanchak babiā pernah dilakukan oleh Temenggong Koh Anak Jubang dan ketua kaum Dayak yang lain semasa “Peacemaking Treaty” di Fort Sylvia.
āKini PBDS menjalankan ritual ini sebagai mercu tanda menyatukan Dayak dalam politik, ekonomi dan segala sudut yang lain,” ujar beliau.
Menurut Bobby lagi, resolusi pertama dicapai atas dorongan salah seorang pengasas PBDS pada tahun 1983 yang merupakan tulang belakang parti selama 21 tahun, iaitu dari 1983 sehingga 2004.
PBDS adalah parti untuk semua kaum Dayak tanpa mengira etnik Dayak dan agama, tegas Bobby.
Turut hadir pada AGM itu, Timbalan Presiden Mejar(B) Moses Ripai, Setiausaha Agung Julius Enchana, Bendahari Agung merangkap Ketua Cabang Katibas PW1(B) Sai Malaka, Naib Presiden Kanan Adman Jubang dan Pengerusi Tetap Mengga Mikui. ā DayakDaily