This Content Is Only For Subscribers
Oleh Chris Bishop
TEBEDU 13 Ogos: Penduduk di sekitar Tebedu diseru mewujudkan homestay di kampung masing-masing demi memanfaatkan keindahan alam semulajadi di daerah tersebut.
Adun Tebedu Dr Simon Sinang Bada berkata, ia penting untuk menarik lebih ramai pengunjung seterusnya merancakkan kegiatan pelancongan.
“Tebedu memang kaya dengan keindahan alam semulajadi, sungai yang bersih termasuk memiliki kepelbagaian budaya.
“Saya menyeru penduduk tempatan mengambil peluang sedia ada dengan menyediakan penginapan seperti homestay.
“Ini adalah peluang untuk mereka menambah pendapatan,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Hadiah Serian Eco Run 2023 di Kampung Daha Kisau di sini, hari ini.
Bagi Daerah Serian, tambah Sinang, homestay popular di Kampung Pichin, Bunan dan Mongkos.
Justeru beliau berharap penduduk Kampung Daha Kisau turut mewujudkan homestay bagi memenuhi keperluan peserta Serian Eco Run di tahun-tahun akan datang.
“Serian Eco Run adalah satu aktiviti pelancongan penting kerana setiap pengunjung yang masuk sudah pasti membawa keuntungan kepada masyarakat setempat.
“Kita berharap di penganjuran akan datang ia akan membawa lebih ramai pengunjung,” kata Sinang. — DayakDaily