Adun Kota Sentosa agih 200 baucar percuma petrol

Yap (dua dari kiri) menyerahkan baucar petrol percuma kepada salah seorang penunggang motosikal
Advertisement

KUCHING, 30 Mei: Sebanyak 200 baucar petrol percuma diagihkan kepada penunggang motosikal di Stesen Petronas Green Heights di sini, hari ini.

Penyerahan baucar petrol yang bernilai RM5 setiap satu itu telah dihadiri Adun Kota Sentosa Wilfred Yap Yau Sin.

“Ini adalah usaha berterusan kerajaan untuk membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah B40,” katanya ketika ditemui.

Advertisement

Tambah Yap, kerajaan prihatin dengan masalah yang dihadapi rakyat akibat kenaikan harga barangan.

Justeru katanya, pemberian baucar tersebut akan terus diadakan dari masa ke semasa dan melibatkan kawasan lain.

Pemberian baucar percuma tersebut dianjurkan Yayasan Pengguna Negara Malaysia Wilayah Sarawak.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Datuk Azman Mohd Yusof. — DayakDaily

Advertisement