MIRI, 26 Jun: Kehadiran seorang wanita ke sebuah rumah di Jalan Nangka Pujut 1A tengah malam kelmarin dan awal pagi, telah mengemparkan penghuninya apabila dia bertindak membawa gunting dan pisau sebelum mencucuk bantal di dalam bilik rumah tersebut.
Susulan kejadian, polis telah menahan suspek berusia 24 tahun itu untuk siasatan lanjut.
Penahanan dibuat selepas pemilik rumah membuat laporan polis pada hari yang sama apabila suspek kembali semula ke rumah tersebut sekitar jam 6 pagi.
Difahamkan, suspek telah ke rumah tersebut kerana ingin bertemu anak lelaki pengadu, namun ,usahanya ternyata sia-sia, kerana lelaki itu tiada di rumah.
Berang, suspek telah masuk ke dalam bilik anak lelaki pengadu dan mula menikam bantal miliknya menggunakan pisau dana gunting.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, suslek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. — DayakDaily