Abang Johari tidak gentar kritikan, sebaliknya akan terus bangunkan Sarawak

Abang Johari (kelima kanan) menyempurnakan Majlis Ngiling Bidai Daerah Gedong 2024 di Dewan RTC Munggu Lalang pada 16 Jun, 2024.
Advertisement

KUCHING, 16 Jun: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak gentar dengan kritikan sesetengah pihak terhadap beliau.

Sebaliknya kata Abang Johari, beliau akan terus membangunkan setiap pelosok kawasan di negeri ini.

“Sekarang bila kita sudah maju, ada pihak yang cemburu.

Advertisement

“Mereka ini mengkritik saya, tapi tak apa lah, suka hati mereka lah.

“Saya mahu Gedong membangun, saya mahu Sarawak membangun, saya mahu pada tahun 2030 kita (rakyat Sarawak) semua membangun, ” kata Abang Johari.

Beliau berkata demikian di Majlis Ngiling Bidai Daerah Gedong 2024 di Dewan RTC Munggu Lalang hari ini.

Dalam pada itu, Abang Johari mengajak seluruh rakyat Sarawak untuk terus bekerja kuat demi mencapai kemakmuran bersama.

Katanya, usah pedulikan hal orang luar dan jangan terikut-ikut dengan kritikan yang dilemparkan terhadap Sarawak.

“Ini mungkin disebabkan mereka ini cemburu dan dengki.

“Mana ada negeri lain yang mencapai pendapatan RM13 bilion. Tiada.

“Dicampur semua pendapatan setiap negeri pun masih tidak dapat mengalahkan Sarawak,” tegas Abang Johari. –DayakDaily

Advertisement