Abang Johari terima kunjungan hormat Petronas

Abang Johari(empat dari kiri) menerima kunjungan hormat rombongan Petronas yang diketuai Ahmad Nizam (empat dari kanan) di Wisma Bapa Malaysia.

KUCHING, 21 Julai: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menerima kunjungan hormat rombongan Petronas di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia.

Kunjungan tersebut diketuai Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (Petronas) Datuk Ahmad Nizam Salleh dan bertujuan untuk memperkenalkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas yang baharu Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Azizi.

Turut hadir Pembantu Eksekutif kepada Presiden dan CEO Petronas Mohd Nazli Ghazali, Pembantu Eksekutif kepada Pengerusi Mohd Faizal Othman dan Pengurus Besar Petronas Sarawak Zulaihi Mohd Mantali. — DayakDaily