Abang Johari terima kunjungan hormat Persatuan Persaudaraan Melayu Sri Aman-Betong

Abang Johari (enam dari kiri) terima kunjungan hormat Persatuan Persaudaraan Melayu Sri Aman-Betong yang diketuai Simoi (empat dari kanan).
Advertisement

KUCHING, 27 Julai: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menerima kunjungan hormat rombongan Persatuan Persaudaraan Melayu Sri Aman-Betong di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Rombongan itu diketuai ADUN Lingga Simoi Peri dan turut disertai oleh Yang Di-pertua persatuan Dr Zulwali Kifli Merawi.

Beberapa perkara telah dibincangkan berkaitan cadangan konsep dan rekabentuk Bangunan Persatuan Persaudaraan Melayu Sri Aman-Betong yang bakal dibina tidak lama lagi.

Advertisement

Bangunan yang menelan kos anggaran sekitar RM5 juta hingga RM7 juta berkenaan bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang akan memberi manfaatnya kepada warga Sri Aman.-DayakDaily

Advertisement