Abang Johari terima kunjungan hormat Pengerusi UCTS Dr Annuar

Abang Johari(tengah) menerima kunjungan Dr Annuar(kiri) dan Khairuddin (kanan).

KUCHING, 5 Mei: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Kolej Universiti Teknologi Sarawak (UCTS) yang baru, Dr Annuar Rapaee di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Dr Annuar yang juga Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi dilantik oleh kerajaan Sarawak untuk menggalas tanggungjawab tersebut pada bulan Disember lalu.

Pertemuan tersebut bagi membincangkan mengenai perancangan dan permasalahan melibatkan pendidikan dan perkhidmatan UCTS yang perlu diambil maklum oleh Ketua Menteri.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Naib Canselor UCTS Prof Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid. — DayakDaily