Abang Johari serta isteri hadiri majlis perkahwinan di Kuching

Abang Johari melaksanakan adat tepung tawar bagi memberkati kedua-dua pengantin. Foto: Pejabat Premier Sarawak

KUCHING, 11 Sept: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam tadi menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Menteri Undang-Undang Dan Parlimen Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Pada majlis itu, Abang Johari ditemani isteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Anak perempuan Wan Junaidi, Sharifah Nong Ja-sima mengikat tali perkawinan dengan Muhammad Nur Hakeem.


Sejurus selepas itu, Abang Johari turut menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya Dayang Zunaida Abang Abdul Rahim dengan suaminya Muhammad Irfan Azizan. — DayakDaily