Abang Johari serah cek RM10 juta kepada BEM Grace, terima kunjungan hormat Panglima 1 Divisyen dan KWSP

Abang Johari (tengah) menyerahkan cek berjumlah RM10 juta kepada Thomas (dua dari kiri). Turut kelihatan Uggah (dua dari kanan).

KUCHING, Jun 16: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini menyerahkan cek berjumlah RM10 juta kepada Borneo Evangelical Mission Grace (BEM Grace) pada satu majlis ringkas di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya.

Cek diserahkan kepada wakil BEM Grace Elder Thomas Jacques dan turut disaksikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah.

Turut hadir Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor) Richard Lon.


Abang Johari (tengah) menerima kunjungan hormat Md Din (kiri) dan Mohd Isa (kanan).

Terdahulu, Abang Johari menerima kunjungan hormat Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Md Din Abu dan Brigedier Jeneral Mohd Isa Jaafar.

Ia adalah kunjungan hormat perpisahan sempena persaraan kedua-dua panglima tersebut.

Abang Johari (tengah) menerima kunjungan hormat rombongan KWSP Wilayah Sarawak yang diketuai Halim (dua dari kiri).

Sementara itu pada semalam, Abang Johari menerima hormat dari Pengarah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sarawak, Halim Boweng juga di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia.

Halim diiringi oleh Ketua Bahagian Wilayah Sarawak, Chia Swee Choo dan Ketua Bahagian Kewangan, Irma Jalil bagi membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan kewangan. ā€” DayakDaily