Abang Johari saksi penyerahan zakat perniagaan Maybank Islamic

Abang Johari (lima dari kanan) menyaksikan penyerahan zakat perniagaan Maybank Islamic oleh Khairusalleh (enam dari kanan) kepada Misnu.

KUCHING, 6 Ogos: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semalam menyaksikan penyerahan zakat perniagaan daripada Maybank Islamic yang diketuai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datoā€™ Khairussaleh Ramli di Wisma Bapa Malaysia.

Penyerahan zakat disampaikan oleh Khairussaleh kepada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha yang mewakili Tabung Baitulmal Sarawak dengan jumlah keseluruhan RM1.16 juta bagi tahun kewangan 2021.

Menurut Khairussaleh, agihan zakat perniagaan tersebut adalah sebahagian daripada jumlah keseluruhan zakat perniagaan Maybank Islamic sebanyak RM8.94 juta yang telah diagih kepada seluruh Pejabat Agama Islam di Malaysia.


Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datoā€™ Mohamed Rafique Merican, Maybank Islamic dan Maybank Kumpulan menyediakan perkhidmatan di semua negeri di Malaysia.

Oleh itu katanya Sarawak juga tidak terlepas mendapat faedah daripada zakat yang dikeluarkan. ā€” DayakDaily