Abang Johari mahu pembukaan Sukan SEA 2027 di Kuching

Abang Johari berucap di Program Larian Baton SUKMA dan Para SUKMA ke 21.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 23 Jun: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahukan pembukan Sukan SEA 2027 diadakan di Kuching.

Katanya, ia adalah satu permintaan setelah Kerajaan Pusat menjemput Sarawak sebagai penganjur bersama sukan tersebut nanti.

Advertisement

“Putra Jaya bertanya samada Sarawak boleh menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 dimana Malaysia dipilih menjadi tuan rumah.

“Kita kata boleh dengan syarat beberapa acara sukan diadakan di Sarawak.

“Pembukaan Sukan SEA 2027 mesti diadakan di Kuching,” katanya di Program Larian Baton SUKMA dan Para SUKMA ke 21 di Tebingan Kuching hari ini.

Tambah Abang Johari, jika syarat-syarat ini diterima, Sarawak bersedia menyahut cabaran sebagai penganjur bersama.

Dalam pada itu, Program Larian Baton bagi mempromosi temasya SUKMA dan Para SUKMA Sarawak 2024 menghampiri kemuncaknya hari ini.

Ia bermula di Lawas pada 27 April lalu dan merentasi 11 bahagian negeri ini.

Kira-kira 1,000 warga Kuching daripada pelbagai lapisan turut sama memeriahkan pusingan ke-12 larian tersebut pagi tadi.

Perlepasan peserta larian sejauh 4.1 kilometer itu telah disempurnakan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah pada jam 7 pagi. — DayakDaily

Advertisement