Abang Johari: Lampu hujau beli bekalan vaksin, selesaikan vaksinasi akhir Ogos

File photo depicting a syringe and medicines. — DayakDaily.com file pic // Image by Arek Socha from Pixabay

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 19 April: Lampu hijau telah diberikan kepada Sarawak untuk membeli bekalan vaksin Covid-19 yang mencukupi untuk mempercepat liputan imunisasi bagi rakyat negeri ini.

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, ia sejajar dengan matlamat untuk menyelesaikan rancangan vaksinasi pada akhir Ogos di Sarawak.


“Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Teknologi dan Inovasi Sains Khairy Jamaluddin yang juga merupakan Menteri Koordinator Program Pelalian Nasional Covid-19 minggu lalu untuk membincangkan undang-undang berkaitan bagi Sarawak untuk membeli bekalan vaksinnya sendiri.

“Saya dimaklumkan bahawa Khairy telah memberi jaminan kepada kita bahawa mereka akan menyokong usaha untuk mempastikan pembekalan vaksin yang mencukupi untuk Sarawak sejajar dengan matlamat untuk menyelesaikan rancangan vaksinasi pada akhir Ogos di negeri ini,” katanya.

Abang Johari berkata demikian pada satu sidang media di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Tambah Abang Johari, semua Residen di 12 Bahagian bekerja keras dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) dalam merancang persediaan untuk menyambut ketibaan bekalan vaksin di tempat masing-masing.

Setakat ini, katanya, sebanyak 279 tempat di seluruh Sarawak telah dikenalpasti untuk ditetapkan sebagai Pusat Vaksinasi atau Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Dalam pada itu, Abang Johari berkata bahawa beliau telah meluluskan untuk menubuhkan sekumpulan pakar untuk membentuk Kumpulan Penasihat Covid-19 Sarawak (Scovag).

“Ini agar pihak JPBNS sentiasa dikemas kini mengenai berita vaksin global, menyelidik dan memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri mengenai vaksin yang sesuai untuk orang Sarawak dan menubuhkan Pasukan Petugas Pelalian Covid-19 (CITF) untuk menyelaras kesiapsiagaan Vaksin Covid-19.

“Kerajaan Sarawak sentiasa bersedia untuk membantu dengan Pelan Imunisasi Nasional untuk mempercepatkan rancangan ‘rollout’-nya,” ujar beliau. — DayakDaily