This Content Is Only For Subscribers
Oleh Chris Bishop
SERIAN, 15 Julai: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada jam 1 tengahari ini mengetuai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka dari Bahagian Serian ke Bahagian Samarahan dengan menaiki motosikal berkuasa besar.
Turut serta Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Konvoi dengan jumlah lebih 400 motosikal dan kenderaan ini akan berhenti di Siburan sebelum meneruskan perjalanan ke The Summer Mall, Kota Samarahan.
Bahagian Samarahan akan menganjurkan majlis sambutan menerima konvoi dari Bahagian Serian.
Terdahulu Abang Johari menghadiri Majlis Perasmian Pusat Konvensyen Serian (SCC) dan Pelancaran Serian Master Plan. — DayakDaily