Abang Johari: Gawai Dayak diinstitusi usaha bina identiti, penyatuan kaum Dayak

Abang Johari dan isteri Datuk Amar Juma'ani Tuanku Bujang mengucapkan Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai Lantang Senang Nguan Menua kepada seluruh masyarakat Dayak yang merayakan Gawai.

KUCHING, 31 Mei: Gawai Dayak telah diinstitusikan sebagai usaha untuk membina identiti kaum Dayak di Sarawak dan menjadi satu titik penyatuan kaum Dayak, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

ā€œOleh itu, saya amat berharap musim perayaan ini, dalam suasana yang santai boleh menjadi wadah untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat dalam usaha memperkukuhkan perpaduan dan iltizam kaum Dayak ke arah penglibatan yang lebih aktif dalam proses pembangunan negeri ini,ā€ katanya dalam perutusan sempena perayaan Gawai Dayak 2022.

Beliau turut memberitahu bahawa kaum Dayak mempunyai aset yang besar dalam bentuk pemilikan tanah yang harus diberi keupayaan untuk menjana pendapatan dengan membangunkannya dari segi pertanian atau agroforestry atau keusahawanan yang lain.


ā€œPendek kata, ceburilah bidang pertanian sebagai suatu perniagaan supaya ia mampu memberi keuntungan kepada saudara dan saudari,ā€ ujarnya.

Selain itu, Abang Johari turut menasihati rakyat yang menyambut perayaan Gawai Dayak agar elak keluar rumah untuk ā€˜ngabangā€™ atau berkunjung antara satu sama lain jika merasa kurang sihat atau bergejala Covid-19.

Beliau juga menasihati rakyat untuk berhati-hati ketika bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain mengunakan kenderaan darat atau air.

ā€œPastikan kenderaan selamat digunakan dan pandulah dengan tenang dan semoga anda sentiasa selamat sampai ke destinasi masing-masing.

ā€œSekali lagi, saya dan isteri, Datuk Amar Hajjah Jumaā€™ani mengucapkan Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai Lantang Senang Nguan Menua kepada seluruh masyarakat Dayak yang merayakan Gawai,ā€ katanya lagi. ā€” DayakDaily