Abang Johari dianugerah darjah kebesaran tertinggi Sabah

Tun Datuk Seri Panglima Juhar (empat dari kanan) dan Abang Johari (dua dari kiri) merakamkan kenangan selesai majlis tersebut.
Advertisement

KUCHING, 5 Okt: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menerima darjah kebesaran tertinggi negeri Sabah “Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) yang membawa gelaran “Datuk Seri Panglima”.

Abang Johari yang mendahului senarai 55 penerima pada istiadat kali ini menerima anugerah tersebut sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi Ke-71 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Juhar Mahiruddin.

Istiadat pengurniaan tersebut disempurnakan oleh Tun Datuk Seri Panglima Juhar bertempat di Istana Seri Kinabalu di sini.

Advertisement

Seramai 1,373 penerima telah disenaraikan untuk menerima pelbagai kategori anugerah dan darjah kebesaran negeri Sabah sempena sambutan perayaan tersebut.

Hadir sama isteri Premier, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang. — DayakDaily

Advertisement