KUCHING, 24 April: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar di kediamannya di Tinggian Demak di sini.
Hadir sama Isteri Abang Johari, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.
Turut serta dalam kunjungan tersebut Timbalan Premier Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.
Abang Johari hari ini dijadual mengadakan kunjungan ke Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
Beliau turut dijadual berkunjung ke kediaman Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi dan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. — DayakDaily