Abang Johari bakal lancar monumen 200 tahun sejarah Bau

Henry (depan, dua dari kiri) ketika sidang media selepas mesyuarat kordinasi kedua Sambutan Ulang Tahun ke-200 Sejarah Bau di Majlis Deaerah Bau. Kelihatan Presiden Persatuan Dayak Bidayuh Kebangsaan (DBNA) Datuk Ik Pahon Joyik.
Advertisement

Oleh Cornelius Kadir Edison

BAU, 26 Dis: Pelancaran sebuah monumen 200 tahun sejarah Bau antara aturcara utama Sambutan Ulang Tahun ke 200 Sejarah Bau pada 31 Disember ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep berkata, pelancaran tersebut yang akan di sempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menandakan genap 200 tahun sejarah pembentukan Bau yang telah bermula dengan aktiviti perlombangan emas sejak 1820.

Advertisement

“Selepas merasmikan monumen tersebut, ketua menteri akan ke dewan utama untuk melihat sendiri pameran yang meliputi sejarah Bau untuk 200 tahun dan komponen tranformasi Bau yang melibatkan perkara-perkara yang dirancang untuk inisiatif ‘Greater Bau’.

“Pameran ini disertai oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Hua Gong (Pelombong Emas) Bau, Persatuan Dayak Bidayuh Kebangsaan (DBNA) dan agensi kerajaan lain,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat koordinasi kedua Sambutan Ulang Tahun ke 200 Sejarah Bau di sini hari ini.

Beliau berkata, DBNA yang menjadi komponen utama dalam pameran tersebut akan memberikan gambaran sumbangan masyarakat Bidayuh kepada ‘Greater Bau’Ā  yang menjadi masyarakat majoriti dominan di Bau.

Bagaimanapun katanya, situasi itu tidak mengambarkan sumbangan masyarakat lain tidak penting sebaliknya ia menunjukkan kebersamaan semua masyarakat yang menyumbang kepada transformasi Bau.

“Ini adalah sambutan mengenai kewujudan bersama tiga komuniti utama di Bau iaitu Bidayuh, Cina dan Melayu untuk tempoh 200 tahun lalu dan seterusnya.

“Komuniti Cina merupakan perdagang atau ahli ekonomi yang memainkan peranan penting untuk membina ‘Greater Bau’.

“Kita juga mempunyai komuniti Melayu bersama kita. Komuniti ini pada masa lampau merupakan saudagar yang melakukan dagangan dengan komuniti Bidayuh dan perlombong-perlombong emas di Bau,” katanya.

Henry berkata, sambutan ulang tahun tersebut bukan hanya untuk menandakan sejarah 200 tahun Bau sebaliknya ia menjadi penanda aras dan langkah pertama dalamĀ  mentranformasi Bau serta komuniti yang tinggal di daerah itu.

Katanya, sebagai salah satu daripada komponen inisiatif ‘Greater Kuching’, Bau perlu mempunyai produknya tersendiri bagi .menyelahkan potensi daerah tersebut.

Tambah Henry, pihaknya menetapkan seramai 600 jemputan untuk mengahadiri upacara utama sambutan ulang tahun terbabit yang akan di adakan di perkarangan Tasik Biru.

“Bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan Covid-19 kita menetapkan hanya 600 jemputan untuk kawasan utama sambutan tersebut.

“Namum begitu, kawasan sambutan itu terbuka kepada umum tertakluk dengan pematuhan SOP yang di tetapkan seperti penggunaan aplikasi MySejahtera, Qmunity dan pengambilan suhu badan pengunjung,” katanya. ā€” DayakDaily

Advertisement