9 krew penerbangan, pasukan kejuruteraan AW 189 bantu kesiapsiagaan JBPM Sarawak

Sembilan Krew penerbangan dan Pasukan kejuruteraan AW 189 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang diterbangkan dari Subang menggukan pesawat Airbus A-400M TUDM

KUCHING, 22 Jan : Seramai sembilan krew penerbangan dan pasukan kejuruteraan AW 189 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia diterbangkan ke Sarawak bagi memulakan tugas secara detasmen di pengaskalan udara Miri.

Pengarah JBPM Sarawak, Khiruddin Drahman @ Hussaini berkata, kesemua sembilan krew terbabit diterbangkan dari Subang ke Kuching menggunakan persawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini.

“Kesembilan krew penerbangan AW 189 ini akan meneruskan penerbangan mereka ke Miri esok (23 Jan) menggunakan pesawat Beachcraft King Air 359 9(9M-PTA)milik Polis Diraja Malaysia (PDRM0,”katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penghantaran dan penugasan anggota terbabit diharap dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan jabatan itu dalam memberikan perkhidmatan Kebombaan dan penyelamatan di Sarawak, Sabah serta Labuan.

Pada masa sama ujar beliau aia sebagai salah satu daripada persediaan JBPM dalam menghadapi Monsun Timur Laut yang di jangka berakhir pada Mac depan.

Khiruddin dalam pada itu turut menyampai penghargaan JBPM kepada semua pihak termasuk Jawatankuasa pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC), PDRM dan TUDM terhadap kerjsama dan sokongan yang diberikan kepada jabatan itu.

“Kita di JBPM berrharap agar hubungan dan kerjasama yang erat ini dfapat terus dikekalkan pada masa akan datang,”katanya. -DayakDaily

Sembilan Krew penerbangan dan Pasukan kejuruteraan AW 189 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang diterbangkan dari Subang menggukan pesawat Airbus A-400M TUDM