Polis Padawan laksana pemantaun SOP Covid-19 di 14 sekolah di bawah pentdbirannya

Polis Padawan laksana pemantaun SOP Covid-19 di 14 sekolah di bawah pentdbirannya

PADAWAN, 22 Jan : Sebanyak 14 buah sekolah menegah yang berada dibawah pentadbiran Ibu pejabat Polis daerah Padawan telah dilawati oleh pegawai Perhubungan Polis (PPS) masing-masing sejak sesi persekolahan bermula pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Supritenden (DSP) Lim Jaw Shyong berkata, tindakkan melaksanakan lawatan terbabit bagi memastikan setiap pelajar dan guru mematuhi Prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan ketika sesi persekolahan berlansung.

Katanya, tindakan tersebut sejajar dengan arahan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menitikberatkan pematuhan SOP bagi pencegahan pandemik Covid-19 di kalangan masyarakat termasuk pihak sekolah.

“Pemantauan kali ini turut meliputi pergerakan pelajar selepas sesi persekolahan agar pelajar-pelajar mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Pemantauan yang kita lakukan ini adalah untuk membantu pengurusan sekolah dalam mengambil langkah-langkah pencegahan dan pengawalan penularan virus Covid-19,”katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Lim bersama Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti IPD Padawan, Asisten Supritenden (ASP) Abdul Wadi Abdul Rani, Pegawai Perhubungan Sekolah, Inspektor Mohd Hisyam Mohd Shah serta beberapa anggota polis lain hadir melakukan pemantauan pematuhan SOP Covid-19 di kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Siburan.

Pada lawatan terbabit, Lim turut mengingatkan pengurusan sekolah untuk sentiasa mengambil dan merekod suhu badan Guru, murid, warga sekolah serta semua yang memasuki kawasan sekolah terbabit.

pada masa sama memastikan pemakaian penutup mulut dan hidung samada ketika di dalam kelas atau di luar sesi pembelajaran selain sentiasa mengekalkan jarak fizikal antara satu sama lain.

“Kita juga turut memberikan peringatankepada pengawal keselamatan dalam menitikberatkan pematuhan SOP selain menjaga keselamatan serta memberikan kefahaman kepada ibu bapa yang menjemput anak-anak mereka selepas sesi persekolahan mengenai peranan mereka dalam usaha mencegah penyakit penularan wabak berkenaan.

“Dalam lawatan ini juga kita turut membuat hebahan kepadaserta teguran kepada pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang disampaikan dalam kelas,”katanya. – DayakDaily

Caption: DSP Lim Jaw Shyong ketika memberikan hebahan kepada pelajar yang mengikuti sesi Pembelajaran dan pengajaran di SMK Siburan.

caption: kelihatan anggota Polis dari IPDsiburan melakukan tinjauan pematuhan SOP Covid-19 di SMK Siburan.

caption: DSP Lim Jaw Shyong mengibas kod QR ketika melakukan lawatan dan pemantauan SOP Covid-19 di SMK Siburan.