850kg bantuan makanan, keperluan dihantar melalui helikopter Bomba ke Long Lamei

Anggota operasi memungahkan bantuan sebaik sahaja tiba di Long Lamei.
Advertisement

MIRI, 7 Jun: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak di Miri melakukan operasi penerbangan menghantar barang makanan dan keperluan ke Long Lamei, hari ini.

Jurucakapnya berkata, helikopter AW149 POU digunakan dalam operasi tersebut yang diketuai Juruterbang Kapten Faridullahamin dan dibantu Sarifudin dan Clive.

Difahamkan penerbangan pertama berlepas dari Miri pada jam 9.19 pagi dan tiba di Long Lamei pada jam 10.18 pagi.

Advertisement

Selesai memungahkan bantuan, helikopter kemudian melakukan penerbangan balik ke Miri dan tiba pada jam 11.34 pagi.

Penghantaran kedua pula dilakukan pada jam 1 petang.

Keseluruhan bantuan makanan dan keperluan yang dihantar dianggarkan seberat 850 kilogram. — DayakDaily

Advertisement