Operasi menghantar bantuan makanan PKP di enam kampung di Sungai Baram berjalan lancar

Anggota yang terlibat menghantar bantuan makanan tersebut.

MARUDI, 7 Jun: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak hari ini membantu operasi penghantaran bantuan bakul makanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke kawasan sepanjang Sungai Baram.

Jurucakapnya berkata, operasi tersebut menggunakan Kapal Banding iaitu ke Kampung Tanjung Upar, Long Maro, Benawa, Kuala Tutoh, Batu Belah dan Long Panai.

Katanya, sebanyak 458 pax makanan dihantarkan dalam operasi tersebut yang bermula dari jam 11.30 pagi dari Jeti Pekan Marudi.

Operasi oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Marudi tersebut turut disertai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). — DayakDaily