81 mangsa dipindahkan ke PPS banjir di Kuching

Gambar komposit menunjukkan operasi pemantauan banjir oleh pihak Bomba.

KUCHING, 6 Dis: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kuching untuk menempatkan 33 buah keluarga yang terjejas akibat banjir.

Sehingga jam 8 malam tadi, dua PPS tersebut adalah di Dewan Sri Buntal dan Surau Ar Rahman.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataannya memberitahu seramai 54 mangsa daripada 26 keluarga ditempatkan di Dewan Sri Buntal manakala Surau Ar Rahman pula menempatkan tujuh buah keluarga yang terdiri seramai 27 mangsa.


Pemantauan banjir sentiasa dilakukan oleh anggota penyelamat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan polis.

Tiada kemalangan jiwa atau kemalangan tidak diingini berlaku setakat berita ini ditulis. — DayakDaily