8 mangsa kebakaran dan tanah runtuh Pakan terima sumbangan

Mawan menyampaikan sumbangan kewangan kepada mangsa kebakaran dan tanah runtuh di kawasannya.

PAKAN, 19 Sept: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom baru-baru ini menyerahkan sumbangan kepada lapan orang mangsa kebakaran dan tanah runtuh.

Mangsa kebakaran berkenaan merupakan penghuni Rumah Andrew Lawai yang telah terbakar manakala penghuni Rumah Menyimbang susulan tanah runtuh. Setiap daripada mereka menerima wang tunai sebanyak RM500.

Bantuan tersebut diserahkan oleh Mawan pada majlis ringkas yang turut dihadiri Pegawai Daerah Pakan Seroji Ludin di bilik mesyuarat, Pejabat Daerah Pakan di sini semalam.


Mawan juga merakamkan penghargaan usaha agensi-agensi kerajaan yang terlibat membantu mangsa yang terlibat.

“Kerjasama erat di antara agensi kerajaan ini sangat penting demi membantu rakyat terutama dalam keadaan susah setelah ditimpa bencana,” katanya.—DayakDaily