63 menyertai bengkel tindakan intervensi menangani isu dadah dan substance

Fatimah (duduk dengah) bergambar dengar peserta-peserta dan ahli-ahli panel.

SEMATAN, 11 Sept: Sebuah bengkel Pemurnian Pemantapan Pelan Tindakan Intervensi Bersepadu bagi Menangani Isu Dadah and Substance Di Sarawak telah diadakan di sini, hari ini.

Objektif bengkel adalah untuk menghasilkan garis panduan dan pelan tindakan bagi penguatkuasaan pengedaran, penyalahgunaan, rawatan dan pemulihan dadah dan substance di Sarawak.

Ia juga berperanan untuk merekabentuk program-program intervensi pencegahan, pemulihan dan rawatan yang melibatkan sekolah, komuniti, keluarga dan tempat kerja agar bebas dadah supaya masyarakat lebih ‘resilient’.


Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, yang juga merangkap pengerusi bagi Jawatankuasa One-Stop Centre (OSC) bagi Menangani Isu Dadah dan Substance di Sarawak (MIDS).

“Terdapat empat pembahagian kumpulan dan skop perbincangan. Kehadiran pihak berkepentingan, rakan kongsi strategik dan masyarakat sivil yang relevan di bengkel ini adalah satu komitmen oleh setiap orang yang menangani isu sosial yang semestinya tanggungjawab kolektif dan memerlukan pendekatan holistik,” menurut pihak pengelola dalam satu kenyataan media.

Pegawai Daerah Lundu selaku fasilator Gustian Durani, Penolong Pengarah Narkotik (Risikan Antarabangsa) JSJN Bukit Aman ACP Sahar Abd Latif, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Dato Izhar Abu Talib, Setiausaha Eksekutif Majlis Pembangunan Sosial KWKPK Sarawak, Dr Zufar Yadi Brenden Abdullah, turut hadir.

Seramai 63 orang terlibat dengan bengkel ini. — DayakDaily