6 ditangkap terlibat dengan dadah di Bintulu

Keenam-enam suspek yang ditangkap.

BINTULU, 27 April: Seramai enam lelaki warga tempatan ditangkap polis kerana disyaki terlibat aktiviti penyalahgunaan dadah di sekitar bandar ini semalam.

Menurut Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bintulu, kesemua yang ditangkap berusia lingkungan 19 hingga 35 tahun.

Katanya, tangkapan dibuat dalam satu operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu.


“Kesemua saspek telah disiasat dibawah Seksyen 15(1) (a) AB 1952, dan salah seorang saspek turut disiasat dibawah Seksyen 12(2) AB 1952 dengan berat rampasan
dadah 0.5 gram dadah jenis Syabu.

“Ujian saringan awal polis dapati kesemua saspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya.

Kesemua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Sementara Ketua Polis Daerah Bintulu SUPT Batholomew Umpit memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung aktiviti penyalahgunaan atau pengedaran dadah kepada polis.

“Ini merupakan salah satu usaha PDRM dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, disamping mencegah aktiviti jenayah di daerah Bintulu ini.

“Jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah di daerah ini bolehlah memaklumkan kepada pihak PDRM, IPD Bintulu di talian 086-318304,” ujarnya. — DayakDaily