55 peserta sertai ‘Knowledge Camp’ anjuran Pustaka Negeri Sarawak

Peserta 'Knowledge Camp' merakamkan kenangan bersama.

KUCHING, 15 Ogos: Seramai 55 peserta dari 11 buah keluarga telah menyertai program ‘Knowledge Camp’ bertemakan ‘Starry Night’ anjuran Pustaka Negeri Sarawak (Pustaka) bermula pada 13 hingga 14 Ogos yang lepas.

Program ‘Knowledge Camp’ biasanya terbuka kepada kanak-kanak dan remaja sahaja tetapi buat julung kalinya, penyertaan tahun ini adalah terbuka kepada seluruh ahli keluarga yang berminat.

Program ini telah diadakan di perkarangan Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama dari Sarawak Family Camping, American Corner dan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM).


Antara pengisian aktiviti yang telah dijalankan pada hari pertama ialah Pecah Bendung (Ice Breaking): Jejari Sotong, Keluarga Kamek, Pergi Library Juh! dan Pansuh Challenge.

Manakala aktiviti Senam Aerobik, Le Tour de Park, Ceramah Rumahku Sekolah Pertama, Fun Art for Kids dan Bual Bicara Randau diadakan pada hari kedua program.

Antara objektif ‘Knowledge Camp: Starry Night’ adalah bagi meningkatkan kesedaran peserta yang terlibat terhadap perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh Pustaka, memberi pendedahan kepada kemahiran literasi maklumat dan pengetahuan inklusiviti digital, dan meningkatkan kesedaran peserta terhadap kepentingan budaya ilmu serta usaha belajar sepanjang hayat. — DayakDaily