5 suspek kes pecah masuk dicekup polis Miri

Tiga suspek pecah rumah tumpas.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 7 Sept: Lima lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam aktiviti pecah rumah sekitar Miri dicekup polis kurang dari 24 jam selepas memecah masuk rumah mangsa.

Kesemua suspek telah ditangkap dalam beberapa serbuan berasingan yang dibuat anggota Jabatan Siasatan Jenayah Miri pada Sept 4 dan 5 dalam operasi diketuai Inspektor Mizlan Abdul Gani.


Kesemua suspek berusia 17 sehingga 45 itu kini sedang ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah ketika ditemui hari ini, dengan tertangkapnya kelima-suspek tersebut, polis berjaya menyelesaikan dua kes pecah rumah di sekitar bandar Miri.

Turut dirampas dalam serbuan pertama yang dilakukan di Permyajaya, ialah sebuah television berukuruan 32-inci dipercayai telah dicuri pada Sept 4 di Piasau. Anggaran nilai rampasan TV ialah RM500. ā€” DayakDaily