5 kereta terbakar, 17 lagi selamat di kebakaran bengkel di Jalan Batu Kawa

Kebakaran bengkel di Batu Kawa.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 26 Nov: Sebuah bengkel terbakar, lima kereta hangus, 17 lagi sempat diselamatkan.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 3 pagi dan beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dikerahkan ke lokasi kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata setibanya di lokasi kejadian didapati bengkel tersebut yang terletak di Jalan Batu Kawa telah terbakar 80 peratus.

“Turut terbakar ialah lima buah kereta dan 17 buah dapat diselamatkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Anggaran kerugian masih dalam siasatan. Tiada melibatkan sebarang kecederaan dan mangsa.

Setelah memastikan keadaan benar-benar selamat dan tiada lagi punca nyalaan, pasukan bomba bersama jentera bertolak balik ke balai.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 5 pagi. — DayakDaily