Oleh Dean Adam
KUCHING, Jan 19: Sebanyak 45 buah rumah terjejas akibat banjir kilat yang melanda Kampung Sungai Batu dan Kampung Sungai Lumut di sini hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kejadian itu mengakibatkan 15 buah rumah penduduk Kampung Sungai Batu terjejas.
Manakala, selebihnya (30) rumah ujar JPBNS melibatkan penduduk di Kampung Sungai Lumut.
“Bagaimanapun, setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara mangsa banjir dibuka. Keadaan juga dilaporkan semakin terkawal dan operasi pemantauan akan terus dilakukan,” kata JPBNS di sini hari ini.
JPBNS menambah, keadaan banjir kilat itu telah menyebabkan rumah-rumah penduduk dinaiki air sedalam satu hingga dua kaki.
“Semua penduduk yang terjejas juga diminta bersiap sedia untuk berpindah sekiranya keadaan semakin tidak terkawal,” ujar JPBNS. — DayakDaily