Kampung Sungai Bako Jaya dilanda banjir kilat

Keadaan banjir kilat di Kampung Sungai Bako Jaya.

Oleh Dean Adam

KUCHING, Jan 19: Hujan lebat yang berterusan telah mengakibatkan kejadian banjir kilat di Kampung Sungai Bako Jaya di sini awal pagi tadi.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku kira-kira pukul 4.26 pagi.


Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, sepasukan tiga anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi pemantauan.

Katanya, pemeriksaan mendapati kawasan rendah di kampung berkenaan telah dinaiki air sedalam kira-kira 0.5 meter.

Keadaan banjir kilat di Kampung Sungai Bako Jaya.

“Bagaimanapun, setakat ini, keadaan adalah terkawal dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, pihak bomba akan terus melakukan kerja-kerja pemantauan bagi memastikan keselamatan penduduk kampung terjamin. — DayakDaily