Lelaki hilang ditemui mati tergantung

Anggota bomba membawa mayat mangsa.

Oleh Dean Adam

BELAWAI, Jan 19: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung di atas pokok di
Telaga Tujuh, Kampung Lot Baru di sini lewat petang semalam.

Mangsa, Rosli Rasi, 45, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 5 petang.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata sebelum itu, pihak bomba telah menerima laporan kehilangan mangsa dari Balai Polis Belawai pada pukul 3.30 petang.

Sepasukan anggota bomba kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi SAR, jelasnya.

Mangsa dijumpai di dalam keadaan tergantung di atas pokok.

“Semasa operasi dilakukan, pasukan SAR telah menemui mangsa dalam keadaan tergantung di atas pokok.

“Pasukan SAR kemudian membawa turun mayat mangsa untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi itu tamat sepenuhnya selepas mangsa dibawa ke Klinik Belawai untuk tindakan lanjut,” katanya. — DayakDaily