Activiti pemindahan bahan batuan dipatahkan

Sebuah lori yang disita unit penguatkuasa Jabatan Tanah dan Survei di Bintulu baru-baru ini.

Oleh Rolan Mutu

KUCHIING, Jan 3: Unit penguatkuasa Jabatan Tanah dan Survei telah mematahkan aktiviti pemindahan bahan batuan tanpa kelulusan yang dilakukan di bahagian Bintulu.

Dalam operasi yang dilaksanakan, sebanyak tiga buah jentera berat yang digunakan bagi menjalankan aktiviti berkenaan telah disita sebagai bahan bukti.


Menurut kenyataan media daripada jabatan, aktiviti ini berjaya dikesan hasil daripada rondaan yang dilaksanakan.

Kes tersebut akan disiasat di bawah seksyen 32A Kanun Tanah Negeri (Bab 81).

Sebuah jentolak turut disita oleh unit penguatkuasa Jabatan Tanah dan Survei.

“Susulan itu, orang ramai yang ingin melakukan aktiviti pengorekan/pemindahan bahan batuan dinasihatkan untuk merujuk terlebih dahulu ke Pejabat Tanah dan Survei yang berhampiran untuk nasihat lanjut bagi mengelak sebarang tindakan penguatkuasaan,” pihak jabatan berkata.

Orang ramai juga adalah dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat berhubung dengan aktiviti ini kepada jabatan melalui talian 082-444111 (ibu pejabat), perkhidmatan Talikhidmat melalui laman sesawang www.talikhidmat.sarawak.gov.my atau panggilan ke nombor 555999. — DayakDaily