This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 27 Ogos: Lebih 3,000 pelari menyertai Friendship Run yang bermula di Taman Sahabat Malaysia-China di sini awal pagi tadi.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Michael Tiang, larian diadakan bagi meraikan hubungan diplomatik selama 50 tahun diantara Malaysia dan China.
“Tahun hadapan Malaysia akan meraikan 50 tahun hubungan diplomatik dengan China dan larian ini adalah sebagai permulaan sambutan.
“Dan adalah penting untuk kedua-dua negara mengekalkan hubungan baik ini agar boleh membawa manfaat dari sudut perdagangan antarabangsa dan pelaburan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Friendship Run.
Hadir sama Konsulat General China di Kuching H. E Xing Weiping dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng. — DayakDaily