2,985 kes baru empat kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,985 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruh kes di negara ini terus meningkat kepada 144,518 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah yang dilaporkan hari ini, 2,983 kes merupakan kes jangkitan tempatan manakala dua kes lagi merupakan kes import yang dikesan mendapat jangkitan dari luar negara.

Katanya, ia menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 32,377 kes.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 837 kes (28.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 605 kes (72.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 535 kes (17.9 peratus) dan Sabah sebanyak 450 kes (15.1 peratus). Sebanyak 296 kes (9.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depoh tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Choh (161 kes), Kluster Tembok Mempaga (110 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (20 kes), Kluster Pagar Siput (dua kes), Kluster Tembok Gajah (satu kes), Kluster Telok Mas (satu kes), dan Kluster Pagar Bentong (satu kes)katanya menerusi sidang media harian Covid-19 hari ini.

Beliau berkata, Sebanyak 296 kes (9.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Choh (161 kes), Kluster Tembok Mempaga (110 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (20 kes, Kluster Pagar Siput (dua kes) manakala Kluster Tembok Gajah , Kluster Telok Mas,dan Kluster Pagar Bentong masing-masing melaporkan satu kes.

Katanya, sehingga kini sebanyak 616 kluster telah dilaporkan termasuk 11 kluster baharu yang di laporkan hari ini dengan 71 kluster daripadanya melaporkan pertambahan kes.

“Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tembok Choh (161 kes), Kluster Tembok Mempaga (110 kes), dan Kluster Jalan Rami (109 kes),”katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak empat kematian turut dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat Covid-19 di seluruh negara meningkat kepada 563 kes atau 0.39 peratus daripada keseluruhan kes.

“Daripada empat kes kematian yang dilaporkan tiga daripadanya dilaporkan di Sabah manakala satu kes lagi dilaporkan di Johor.

“Kesemua kes kematian akibat Covid-19 ini mempunyai sejarah penyakit kronik seperti gout,kencing manis,darah tinggi, penyakit buah pinggang kronik,asma, pulmonary Tuberculosis dan penyakit anemia,”katanya

Tambah Dr Noor Hisham, pada hari ini sejumlah 994 kes dilaporkan sembuh daripada jangkitan Covid-19 menjadikan kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada wabak tersebut sebanyak 111,578 atau 77.2 peratus daripada keseluruhan kes.

“Sehingga kini juga, terdapat 197 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 79 kes memerlukan bantuan pernafasan,”katanya. -DayakDaily