271 kes kebakaran terbuka, seluas 551.963 ekar kawasan terbakar

Pasukan bomba sedang berusaha memadam kebakaran hutan.

Oleh Dean Adam

KUCHING, Mac 25: Sebanyak 271 kes melibatkan kebakaran terbuka dilaporkan di seluruh Sarawak sejak Mac 1 hingga hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, jumlah keluasan kawasan yang terbakar pula ialah seluas 551.963 ekar.

Katanya, bahagian Miri dilaporkan sebagai kawasan yang terjejas paling banyak akibat kebakaran terbuka.

“Pasukan bomba akan terus memastikan kawasan-kawasan yang terjejas akibat kebakaran terbuka dikawal sepenuhnya bagi memastikan api tidak merebak ke tempat lain,” katanya di sini hari ini.

Kelihatan api sedang membakar kawasan terbuka.

Jurucakap sama menambah, pihak bomba juga akan meningkatkan jumlah keanggotan di lapangan jika keadaan semakin buruk.

Ujarnya, unit udara bomba turut menggunakan kaedah pemadaman ‘water bombing’ untuk mengawal kebakaran di Limbang.

“Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. — DayakDaily