2,500 pemilik senapang patah di Serian hadiri taklimat pengendalian senjata api

Pegawai polis menyampaikan taklimat.

SERIAN, Okt 6: Seramai 2,500 pemilik senapang patah berlesen dari telah menghadiri taklimat pelesen senapang patah di Dewan Ranchan dan Dewan Masyarakat Tebedu anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian pada Okt 2-3 lalu.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata program tersebut adalah untuk mendedahkan pelesen-pelesen mengenai undang-undang Akta Senjata Api 1960.

Majlis juga diadakan bagi menerangkap jenis hukuman jika lesen senjata api disalahguna dan menjelaskan proses probet dan semasa hayat yang disampaikan oleh Pegawai Jenayah dan Pegawai Lesen.


“Selain itu pihak persenjataan AMRA IPD Serian turut menerangkan tentang cara penyimpanan dan penjagaan yang betul.

“Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pegawai PDRM IPD Serian iaitu ASP Alias Nen KBSJD IPD Serian, Insp Welton Ibin Pegawai Perlesenan IPD Serian dan Insp Haper Kenol serta Kpl Paul Lenggi dari Cawangan AMRA IPD Serian,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Para pemilik senapang patah yang hadir menyertai taklimat.

Sementara itu, Aswandy memberitahu, pihak Pegawai Daerah pula menjelaskan bahawa proses untuk menukar milik telah dibuka semula serta proses menukar senapang patah lama kepada yang baharu.

Katanya, masyarakat Serian yang hadir juga sangat berpuas hati serta gembira dengan program tersebut yang mana telah menjawab soalan yang diutarakan.

“Program ini julung-julung kali diadakan dan ketua-ketua masyarakat Serian juga turut hadir memberi kerjasama dalam program ini.

“Masyarakat Serian berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pasa masa akan datang,” ujarnya. — DayakDaily