2,488 individu hadir ujian calitan di beberapa lokasi di Sibu

Ujian calitan diadakan di sebuah lokasi di Sibu.

KUCHING, 4 Mei: Seramai 2,488 individu hadir menjalani ujian pengesanan kes secara aktif (ACD) yang diadakan selama lima hari di beberapa lokasi di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Sibu (SMC).

Menurut laporan UKAS, program anjuran Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) itu bagi mengesan penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan di daerah berkenaan.

Hari terakhir ACD pada Isnin yang dilaksanakan di Zon Ulu Sungai Merah/Taman Indah di Daerah Sibu menyaksikan seramai 600 individu hadir untuk menjalani ujian calitan.


Program bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang bertempat di Swan Square/Wonderful.

Difahamkan, ACD akan diteruskan di kawasan luar bandar dengan memfokuskan rumah-rumah panjang. — DayakDaily