Operasi ACD kedua di Kampung Sileng Dayak, Lundu lancar

Operasi ACD di Balai Raya Kampung Sileng Dayak di Lundu pada Isnin.

KUCHING, 4 Mei: Operasi Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) bagi ujian calitan kedua telah dilakukan terhadap penduduk Kampung Sileng Dayak, Lundu pada Isnin.

Ini adalah susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan satu kluster yang melibatkan kampung tersebut iaitu Kluster Sileng Dayak.

Menurut laporan UKAS, pelaksanaan operasi ACD yang diadakan di Balai Raya Kampung Sileng Dayak berjalan dengan lancar dan teratur.


Kluster Sileng Dayak melibatkan kampung di Sileng Dayak dengan indeks kes merupakan lelaki tempatan, 46, yang dikesan pada 20 April 2021 di Hospital Lundu.

Perebakan jangkitan dipercayai bermula dalam kalangan ahli keluarga melalui perhimpunan keluarga sempena sambutan makan beras baru pada 19 April 2021.

PKPD dikuatkuasakan di Kampung Sileng Dayak bermula 23 April sehingga 6 Mei 2021. — DayakDaily