2,437 kes jangkitan baharu, 9 kematian akibat Covid-19 dilapor hari ini

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA, 28 Feb: Kes jangkitan Covid-19 baharu di negara ini menunjukkan sedikit peningkatan berbanding semalam namum masih kekal di bawah angka 3,000 kes dengan 2,437 dilaporan hari ini berbanding 2,364 kes semalam.

Ketua pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor kekal mendominasi jumlah kes jangkitan harian tertinggi dengan 914 kes diikuti Johor (340), Kuala Lumpur (337), dan Perak (287).

“Dengan kes terbaharu dilaporkan pada hari ini menjadikan kumulatif kes positif Covid-19 diseluruh negara kini melepasi angka 300,000 kes dengan 300,752 kes sehingga hari ini,” katanya ketika menjelas statistik berkenaan dilaman Facebooknya hari ini


Katanya, sebanyak 3,251 kes sembuh sepenuhnya daripada wabak berkenaan hari ini menjadikan kumulatif kes sembuh meningkat kepada 273,417 kes atau 90.91 peratus.

Ujarnya, daripada jumlah keseluruhan jangkitan yang dilaporkan hari ini, terdapat dua kes merupakan kes import yang dikesan mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada 2,345 kes tempatan yang dilaporkan hari ini, 50.3 peratus merupakan jangkitan kalangan warga tempatan manakala 49.7 peratus lagi jangkitan dikesan dalam kalangan warga asing.

“Sejumlah sembilan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di seluruh negara meningkat kepada 1,130 kes sehingga hari ini.”

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 202 pesakit Covid-19 kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 93 kes memerlukan bantuan alat penafasan.

Katanya, ketika ini sejumlah 26,205 kes aktif direkodkan diseluruh negara dengan kebolehjangkitan Covid-19. — DayakDaily