23 lagi lokaliti dikenakan PKPD di Sarawak

A file photo of a stop sign placed before the entrance to an area under Enhanced Movement Control Order (EMCO).

KUCHING, 4 SEPTEMBER: Sebanyak 23 lokaliti di Sarawak diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini berkata ia melibatkan daerah Bintulu, Belaga, Sri Aman, Pakan, Lubok Antu, Pusa, Meradong dan Betong.

Menurut JPBNS, di Bintulu, PKPD dikuatkuasakan dari 2 hingga 15 September 2021 membabitkan Rh. Tukau Gurutak Jalan Bintulu-Tatau Bintulu, Rumah Kedai Seberkas Jaya Bintulu, Bilik Sewa atas Kedai Persatuan Chen Jia Tai Chi dan Bilik Sewa atas Kedai CC Voon Money Lender Bintulu.


PKPD di Bilik Sewa atas Kedai Tocco Gallery Pusat Komersial Bintulu katanya dikuatkuasakan dari 3 hingga 16 September 2021.

“Turut dikenakan PKPD dari 3 hingga 16 September 2021 ialah Rh. Joshua Manit Buyu KM38 Jalan Bintulu-Tatau Bintulu, Rh. Jakud Anak Jinggut KM 44 Jalan Bintulu-Miri Bintulu.

“Kuarters Pekerja Wang Lift Transport Sdn Bhd Batu 6, Jalan Bintulu-Miri Bintulu, Tingkat 2 Bilik Sewa atas Zenq Desserts Bintulu, Bilik Sewa atas Kedai Can Lead Money Lender Bintulu dan Bilik Sewa bawah Lengkap Inn,” katanya.

Di Belaga tambah JPBNS, PKPD dikuatkuasakan di Uma Kulit, Sg. Asap (Blok A) dan Uma Bakah Sg. Asap (Blok Q dan Blok M) mulai 3 hingga 16 September 2021.

Manakala PKPD bagi tempoh yang sama dikuatkuasakan di Rh. Menjat Muping, Semawa Ili, Pantu Sri Aman dan Rh. Retie, Kampung Empadi, Undop Sri Aman.

JPBNS turut memaklumkan PKPD di 2 lokaliti di Pakan iaitu di Rh. Matu Batu 3 Pakan dan Rh. Guntor Sg Kepayang mulai 3 hingga 19 September 2021.

“Turut diarahkan menjalani PKPD dalam tempoh 4 hingga 17 September 2021 ialah Rh. Robert Lingga Bulo Lubok Antu, Kampung Tengah Beladin Pusa, Kampung Hulu Beladin Pusa dan Rh. Ujeh, Sg. Atap, Ulu Strass, Bintangor Meradong,” katanya.

Mengulas lanjut, JPBNS berkata 2 lokaliti di Betong iaitu di Rh. Veriland Gogon, Engkranji dan Rh. Kechendai, Kabok, Spak dikenakan PKPD mulai 5 hingga 18 September 2021. — DayakDaily