2,154 kes baru, enam kematian dilaporkan hari ini di negara

Dr Noor Hisham Abdullah (file photo)

PUTRAJAYA, 5 Mac: Sebanyak 2,154 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan kumulatif kes di seluruh negara kini meningkat kepada 310,097 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 2,149 merupakan jangkitan tempatan manakala lima kes lagi adalah kes import yang dikesan mendapat jangkitan di luar negara.

Katanya, daipada kesleuruhan jangkitan tempatan harini, 62.3 peratus melibatjangkitan dikalangan warga tempatan manakala 37.7 peratus lagi jangkitan dikesan di kalangan warga asing yang menetep di negara ini.


“Sehingga kini terdapat 22,034 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 dan daripada jumlah itu sebanyak 184 kes dirawat di unit rawatan rapi dengan 87 kes memerlukan bantuan alat penafasan,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.

Beliau berkata, Selangor masih lagi melaporkan kes harian baharu tertinggi hari ini iaitu sebanyak 794 kes, diikuti oleh Johor dengan 463 kes dan Sarawak sebanyak 250 kes .

Dr. Noor Hisham berkata, enam kematian akibat jangkitan Covid-19 turut dilaporkan seluruh negara hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat wabak itu meningkat kepada 1,159 kes atau 0.37 peratus.

“Pada hari ini juga, seramai 3,275 kes dilaporkan sembuh sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruah yang sembuh daripada wabak tersebut meningkat kepada 289,904 kes atau 87.3 peratus,” katanya. -DayakDaily