200 keluarga di Satok terima bantuan bakul makanan

Ibrahim menyerahkan bakul makanan kepada penerima bantuan.

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 2 Okt: Seramai 200 ketua isi rumah di kawasan Satok hari ini menerima bantuan bakul makanan menerusi Program Amal Keluarga Miskin 2022.

Pengagihan bakul makanan tersebut telah disempurnakan Adun Satok Dato Ibrahim Baki di Dewan SJK Chung Hua No 4 di Jalan Nanas.


Dalam ucapan ringkasnya, Ibrahim berkata bantuan adalah untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.

“Ini adalah amalan dan budaya kita di Sarawak yang saling membantu di antara satu sama lain.

“Di kawasan Satok ini ada pelbagai kaum dan program bantuan seperti ini akan kita teruskan,” katanya.

Seramai 18 penerima hadir menerima bantuan bakul makanan, manakala selebihnya dihantar ke rumah masing-masing.

Pada program anjuran JKKK Green Road A itu juga turut diadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Sementara itu, JKKK Green Road A menerusi Pengerusinya Kapitan Tan Kok Chiang telah menyerahkan derma bagi tabung pendidikan kepada SJK Chung Hua No 4 yang diterima oleh Pengetua Pui Jung Thong.

Hadir sama Presiden Persekutuan Persatuan Cina Kuching, Samarahan Dan Serian Dato Richard Wee. — DayakDaily